Di Gerome, saya dihantar ke stesen bas Gerome. Perkara pertama yang harus diselesaikan adalah beli tiket untuk ke Pamukkale. Kali ini saya ingin mencuba syarikat bas lain pula, Kamildoc. Seterusnya check in ke hostel. Hostel atau dorm di sana lebih murah kerana ibarat kita menyewa katil dan tempat mandi sahaja. Saya telah memilih villa Kose Pension milik orang Afghanistan kerana harganya yang murah dan lokasi yang terletak dekat dengan stesen bas Gerome. Malahan setibanya saya di sana, saya disambut dengan sangat mesra oleh mereka. Suasana villa yang suam dan tenang juga memberikan sedikit rasa seolah-oleh di rumah sendiri. Kemudian saya mempersiapkan diri dan lepas tu, saya disapa seorang budak lelaki Cina yang tinggal bersama saya dalam dorm tersebut. Kami hanya sempat memperkenalkan asal usul masing-masing sebelum saya solat lalu keluar untuk cari makan. Itulah pertama kali saya betul-betul merasai makanan Turki iaitu hari kedua di sana. Saya mencuba makanan yang dicadangkan pemilik restoran itu, Turkish Kebab Special yang berharga 20Lira.
Apabila sudah tiba di muzium tersebut, harganya agak mahal. Jadi sebelum masuk saya sempat bertanya kepada seorang pelancong warga Korea, katanya sekadar lukisan-lukisan di dinding beserta artikel mengenai Gerome. Maka saya memilih untuk menyimpan 20 Lira daripada memasuki ke muzium tersebut atas alasan saya sendiri sedang meminimakan perbelanjaan di sana. Kemudian untuk menggantikan kelapangan tersebut saya mendaki batu tinggi di puncak tersebut. Pemandangan sangat cantik. Subhanallah.
Selesai di sana, saya berpatah balik ke Gerome. Tanpa apa-apa tujuan, saya bercadang untuk ke kawasan yang kurang dilalui orang. Saya mengayuh ke pinggir belakang Gerome. Di situ saya terserempak dengan budak Cina yang tinggal satu dorm dengan saya. Kebetulan dia juga bercadang untuk ke kawasan tersebut maka kami bersetuju pergi bersama-sama. Meskipun berjumpa tak sampai satu hari, tapi sudah ada rasa selesa dan selamat mengembara dengan dia. Di sini barulah kami memperkenalkan nama masing-masing. Kong Wei King namanya. Panggil Wei King. Baru berumur 18 tahun dari China dan sedang mengembara seorang diri.
bersambung...





















No comments:
Post a Comment