Tiba di Pamukkale jam 7 pagi setelah perjalanan 10 jam dari Cappadocia. Mula-mula saya mencari Lincoln kemudian kami sama-sama menaiki bas sapu untuk sampai ke Pamukkale. Pertemuan beberapa minit di Cappadocia kini menjadi asbab kami jelajah Pamukkale bersama-sama. Dia merupakan pelajar Korea yang terpilih dalam pogram pertukaran pelajar di Hungary selama setahun. Pada waktu tersebut dia dalam perjalanan pulang tapi terlebih dahulu menjelajah ke beberapa buah negara selama dua bulan. Dia berumur 23 tahun. Kami sampai di sana awal jadi kami sarapan dulu di sebuah restoran milik orang Korea. Tapi terlebih dahulu kami telah membeli tiket bas untuk ke destinasi seterusnya. Dia akan terus ke Istanbul manakala saya akan ke Fethiye. Kali ini saya mencuba kompeni bas Pamukkale pula.

Setelah meletakkan beg di kedai kompeni bas tersebut, kami menyelidik keluasan kawasan pamukkale dan tempat-tempat yang menarik di situ. Terdapat sebuah peta besar di kedai tersebut. Pamukkale hanyalah sebuah kawasan seluas 2km per segi. Kawasannya meliputi sebuah bukit putih yang terhasil daripada fenomena alam semula jadi oleh mineral serta banyak kolam di sepanjang bukit tersebut dan di puncaknya terdapat beberapa bangunan peninggalan masyarakat Greek termasuk sebuah teater bulat kecil mirip Collesium. Namun checkpoint pertama adalah kolam mineral putih. Untuk melaluinya semua perlu berkaki ayam. Terdapat pengawal-pengawal yang menjadi mata sentiasa bersedia membunyikan wisel andai kata terdapat salah laku pelancong demi memelihara keaslian kolam putih tersebut.



Sepanjang mendaki bukit putih tersebut, terdapat beberapa kolam bersaiz kecil tetapi penuh dengan pelancong yang berendam mahupun bermain air di sana. Tak kurang juga yang bersesi fotografi. Saya dan Lincoln pada mulanya hanya memerhatikan suasana di sekeliling sambil mendaki bukit tersebut. Asalnya kami bercadang untuk meneroka puncak bukit tersebut dahulu tapi Lincoln sudah menukar pakaian untuk mandinya. Sesekali apabila saya mengambil gambar sekeliling, dia membasahkan diri dengan air kolam tersebut. Akhirnya setelah hampir 2 jam berjalan, kami sampai ke hujung kawasan puncak bukit tersebut. Kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan patah balik tetapi menggunakan laluan lain yang menuju ke Teater Greek tersebut. Setelah meluangkan masa di situ, kami datang semula ke kolam putih tersebut.



Namun jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari dan kami sudahpun menerokai seluruh kawan Pamukkale. Masa yang ada masih panjang. Mula-mula kami sama-sama berendam dalam kolam air mineral tersebut tapi setelah beberapa puluh minit saya bercadang untuk balik ke bawah, namun dia masih mahu berendam di sana. Akhirnya kami berpisah dan berjanji untuk jumpa semua di kedai bas tersebut. Setelah keluar dari kawasan bukit mineral tersebut, apabila melalui kawasan-kawasan restoran tiba-tiba ada satu suara memanggil saya. Saya menoleh rupa-rupanya Wei Kin yang memanggil. Tak sangka kami masih direzekikan untuk berjumpa di tempat lain pula. Maka saya pun menyertai dia di restoran tersebut, kemudian disertai pula oleh Lincoln. Dalam masa yang singkat kami sangat rancak berborak.


Setelah selesai makan tengahari di restoran tersebut, masing-masing membersihkan diri. Kami menyewa bilik mandi hotel yang berada berdekatan di situ, harga yang dicaj sebanyak 10 Lira. Setelah siap dan mengemas barang, sekali lagi kami ke sebuah restoran untuk minum-minum sambil menunggu bas masing-masing. Pelbagai perkara yang diborakkan malah kami sempat bertukar-tukar email dan facebook. Sehari suntuk di Pamukkale sangat panjang kerana hanya separuh hari diperlukan untuk meneroka seluruh Pamukkale. Syukur kerana ditakdirkan berjumpa mereka kerana dapat rakan berborak menjadikan jelajah pada hari itu menyeronokkan. Jam 5.30pm, saya bertolak ke Fethiye.
Pamukkale means "cotton castle" in Turkish, is a natural site in Denizli Province in southwestern Turkey. The city contains hot springs and travertines, terraces of carbonate minerals left by the flowing water. It is located in Turkey's Inner Aegean region, in the River Menderes valley, which has a temperate climate for most of the year. It can be seen from the hills on the opposite side of the valley in the town of Denizli, 20 km away. Pamukkale's terraces are made of travertine, a sedimentary rock deposited by water from the hot springs. There are 17 hot water springs in which the temperature ranges from 35 °C (95 °F) to 100 °C (212 °F).
Selesai bersarapan di Kose Pension tersebut, saya disambut oleh agensi Down Town Travel dengan sebuah van jam 9.30 pagi. Di dalamnya terdapat lagi 13 orang dari pelbagai negara. Mulanya saya agak kekok kerana keseorangan dan ini adalah pengalaman pertama saya menyertai group tour. Tapi setelah berbual-bual dengan mereka, terbit rasa selesa. Mereka sangat ceria dan peramah dengan cara dan ragam benua masing-masing. Rasa semangat untuk meneruskan tour dari jam 10.00 pagi ke 6.00 petang. Apatah lagi perjalanan kami melalui laluan hijau di mana tempat-tempat yang akan disinggahi kami terletak berjauhan antara satu sama lain menjadikan kawasan yang dijejaki sangat besar. Tour bermula di Gerome Panorama Point, iaitu sebuah kawasan tanah tinggi di mana kita boleh melihat seluruh bandar Gerome. Di sini kepada kami diperkenalkan pengiring tour kami, seorang turki yang sangat fasih berbahasa inggeris.


Di Gerome Panorama Point kami diberi penerangan tentang perjalanan harian kami. Selain itu, beliau menceritakan sejarah Cappadocia dan menerangkan bagaimana terbentuknya batu-batu pelbagai bentuk yang terjadi dengan sendirinya. Kemudian diberi masa 10 minit untuk mengambil gambar ataupun membeli cenderahati. Sambil mengambil gambar panorama Gerome saya berbual dengan seorang cina dari Singapura. Kemudian kami bergerak ke Underground City yang mengambil masa hampir sejam untuk sampai. Di sana kami diminta meninggalkan semua bag kerana akan menyusup ke terowong bawah tanah yang sempit. Malahan digalakkan memakai jaket atau sweater kerana suhu di dalam sana sejuk. Itulah salah satu keajaiban ciptaan Allah di sini, semua gua dan terowong bawah tanah, suhunya kekal 6 dajah celcius tak kira musim sejuk atau panas. Kelebihan itu digunakan masyarakat purba untuk menyimpan makanan dan tempat perlindungan musim sejuk yang melampau.

Selesai itu, kami ke Illara Valley. Tempat ini sangat popular untuk pendaki kerana tempatnya yang sangat cantik. Bukan sahaja dikelilingi batu bata cantik, tetapi kehijauan hutan dan sejuk sungai yang mengalir. Perjalanan mengambil masa 40 minit. Apabila sampai, kami memilih untuk makan tengahari dahulu mengisi perut yang kosong. Makan tengahari itu termasuk dalam pakej tour kami. Malah di restoran tersebut yang terletak di Ihlara Valley itu sendiri, kami diberi pilihan memilih menu istimewa sajian utama Turki. Saya memilih ikan trout bakar kerana ingin merasa masakan Turki versi ikan pula. Sedap. Minuman adalah sendiri bayar dan arak pengiring kami melarang beli untuk menghormati pendirian dia tentang arak.

Kemudian diteruskan dengan aktiviti mendaki ke Ihlara Valley. Checkpoint pertama adalah di sebuah pokok yang mempunyai keupayaan menyerap air sungai dan terus mengeluarkan melalui dahan sebagai titisan air. Apabila melalui dibawah seolah-olah hari sedang hujan renyai. Penyejuk untuk cuaca yang panas pada tengahari itu. Panjang denai tersebut adalah 20km, namun kami hanya melalui 3km, kemudian mendaki tangga ke tebing batu bata setinggi 50 meter kerana di sana terdapat gereja gua peninggalan masyarakat dahulu kala. Gereja gua tersebut dilihat seolah-olah sudah dicerobohi satu masa dahulu namun masih ada sedikit lukisan-lukisan dan ukiran di situ. Kini dijaga rapi oleh pengawal. Setelah perkongsian sejarah dan rehat-rehat di situ, kami berpatah balik ke van untuk destinasi yang seterusnya.
Selepas itu kami bergerak ke sebuah gereja purba yang dibina di dalam batu besar sebesar sebuah bukit, Selime Katedrali. Di sini kami diberi kelonggaran untuk bergerak dengan sendiri tanpa pengiring. Ada yang mendaki hingga atas, dan ada yang tunggu di bawah. Yang membezakan dua kumpulan ni sudah pasti umur masing-masing. Masa diberi adalah 40 minit kemudian semua diminta untuk berkumpul di tempat mula. Selesai di sini kami dibawa ke beberapa pusat penghasilan produk Turki; kedai makanan dan kuih tradisi Turki, pusat seni pembuatan barangan kemas dan batu beharga. Kami diberi peluang merasa setiap kuih tersebut dan melihat cara-cara penghasilan batu marmar berbentuk telur di sana. Tapi suka hatilah untuk beli ataupun sekadar mencuci mata.




Jam sudah pukul 7 menandakan tour kami sudah sampai ke penghujungnya. Maka kami pun dihantar ke penginapan masing-masing. Tamat hari ini bermakna tamatlah masa saya di Cappadocia. Terasa masih banyak perkara belum dibuat di sini. Dua hari memang terlalu singkat untuk menerokai Cappadocia kerana tempat ini sangat luas dan terdapat banyak tempat-tempat menarik. Destinasi seterusnya adalah Pamukkale. Tiket bas saya pula adalah pada jam 9 malam. Sampai ke dorm saya bergesa-gesa mempersiapkan diri kemudian check out. Sementara ada masa saya makan malam. Kemudian saya pergi ke tempat bas, di mana tiba-tiba saya terfikir untuk membeli suvenir. Jadi saya meminta tolong seorang lelaki asia untuk menjaga barang saya. Di situlah saya kenal Lincoln, dari Korea. Apabila kembali daripada membeli suvenir, kami berborak hingga membawa kepada pelawaan berjalan di Pamukkale nanti bersama-sama.
Di dalam bas Metro dari Istanbul ke Cappadocia, saya disapa oleh seorang Muslim dari negara China yang fasih berbahasa Turki, Mandarin dan English. Beliau datang ke Cappadocia atas tawaran pekerjaan menjadi tour guide buat pelancong-pelancong dari China. Jadi banyak tentang Cappadocia yang telah beliau pelajari. Sedikit sebanyak ada yang dikongsikan kepada saya tentang tempat-tempat menarik di sana. Menyedari lokasi-lokasi tempat menarik yang terletak berjauhan antara satu sama lain, maka saya bercadang untuk menyertai tour di bawah agensi beliau untuk sehari di sana. Agensi beliau bekerja adalah Down Town Travel Agency. Saya tiba di Cappadocia pada keesokan harinya jam 1200H. Namun bas tidak berhenti betul-betul di Gerome,Cappadocia, tapi di Nevsehir. Dari Nevsehir saya menaiki kereta sapu agensi tersebut untuk sampai ke Gerome. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Orangnya sangat ramah dan servis penghantaran juga percuma. Namun selain tu, boleh juga menggunakan khidmat bas sapu untuk sampai ke Gerome, percuma juga.


Di Gerome, saya dihantar ke stesen bas Gerome. Perkara pertama yang harus diselesaikan adalah beli tiket untuk ke Pamukkale. Kali ini saya ingin mencuba syarikat bas lain pula, Kamildoc. Seterusnya check in ke hostel. Hostel atau dorm di sana lebih murah kerana ibarat kita menyewa katil dan tempat mandi sahaja. Saya telah memilih villa Kose Pension milik orang Afghanistan kerana harganya yang murah dan lokasi yang terletak dekat dengan stesen bas Gerome. Malahan setibanya saya di sana, saya disambut dengan sangat mesra oleh mereka. Suasana villa yang suam dan tenang juga memberikan sedikit rasa seolah-oleh di rumah sendiri. Kemudian saya mempersiapkan diri dan lepas tu, saya disapa seorang budak lelaki Cina yang tinggal bersama saya dalam dorm tersebut. Kami hanya sempat memperkenalkan asal usul masing-masing sebelum saya solat lalu keluar untuk cari makan. Itulah pertama kali saya betul-betul merasai makanan Turki iaitu hari kedua di sana. Saya mencuba makanan yang dicadangkan pemilik restoran itu, Turkish Kebab Special yang berharga 20Lira.



Seusai makan, saya meronda-ronda kawasan kedai Gerome untuk survey suvenir. Kemudian saya menyewa basikal pada harga 25 Lira untuk 6 jam. Harga tersebut agak mahal kerana basikal itu adalah basikal untuk aktiviti lasak malahan saya boleh menyewa motosikal dengan hanya 40 Lira untuk separuh hari. Apabila mendapat basikal saya mengayuh ke arah Museum Terbuka Gerome. Jaraknya dalam 2 km dengan suhu pada hari tersebut mencecah hampir 37 darjah celcius, sangat panas. Sepanjang perjalanan ke muzium tersebut, pemandangan sangat cantik. Ada juga singgah di beberapa tempat untuk memaksimakan aktiviti dengan basikal menuju ke sana.







Apabila sudah tiba di muzium tersebut, harganya agak mahal. Jadi sebelum masuk saya sempat bertanya kepada seorang pelancong warga Korea, katanya sekadar lukisan-lukisan di dinding beserta artikel mengenai Gerome. Maka saya memilih untuk menyimpan 20 Lira daripada memasuki ke muzium tersebut atas alasan saya sendiri sedang meminimakan perbelanjaan di sana. Kemudian untuk menggantikan kelapangan tersebut saya mendaki batu tinggi di puncak tersebut. Pemandangan sangat cantik. Subhanallah.


Selesai di sana, saya berpatah balik ke Gerome. Tanpa apa-apa tujuan, saya bercadang untuk ke kawasan yang kurang dilalui orang. Saya mengayuh ke pinggir belakang Gerome. Di situ saya terserempak dengan budak Cina yang tinggal satu dorm dengan saya. Kebetulan dia juga bercadang untuk ke kawasan tersebut maka kami bersetuju pergi bersama-sama. Meskipun berjumpa tak sampai satu hari, tapi sudah ada rasa selesa dan selamat mengembara dengan dia. Di sini barulah kami memperkenalkan nama masing-masing. Kong Wei King namanya. Panggil Wei King. Baru berumur 18 tahun dari China dan sedang mengembara seorang diri.
bersambung...
Trip jelajah turki saya bermula pada 24 jun 2014. sehari sebelum saya menaiki bas daripada Volgograd, Russia ke Moscow yang mengambil masa 16 jam. Setibanya di Moscow pada keesokan harinya iaitu hari jelajah turki saya bermula, saya sempat turun ke Red Square, Moscow. Sekadar ingin mengisi masa lapang yang ada sebelum penerbangan ke istanbul tiba. Namun, hanya 5 jam sahaja masa yang ada untuk berjalan-jalan sekitar Moscow. Itulah kali pertama kaki menjejak di luar lapangan terbang Moscow meskipun sudah 2 tahun di Russia. Tak sah katanya tak berjalan di moscow andai kata sesiapa ke Russia kerana di situlah ibu bagi negara terbesar di dunia itu. 5 jam berjalan di Moscow sementara menunggu penerbangan tiba di Moscow tidak saya risau kerana Moscow mempunyai sistem keretapi Metro yang terbaik di dunia. Apatah lagi di Moscow saya tidak keseorangan di sana.




Saya tiba di istanbul, Turki pada hari sama pada jam 1600H. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit sahaja dengan Turkish Airlines. Apabila kaki menjejak masuk ke Turki, perasaan yang dirasa ibarat seorang pengembara pulang ke kampung. Rasa rindu yang sudah lama terpendam akhirnya terlerai jua. Apatah lagi di sana 98% penduduknya adalah saudara seaqidah. Sapaan salam dan senyuman-senyuman manis dilontarkan dimana-mana sahaja, timbul rasa kekok dalam diri. Terasa bagai kejutan budaya sebentar. Namun dalam fikiran, saya perlu pergi ke Cappadocia pada hari itu juga kerana mengikut perancangan di situlah trip jelajah Turki saya akan bermula. Masalah yang timbul adalah beg bagasi, di mana harus disimpan sepanjang berada diluar Istanbul untuk melancarkan pergerakan trip ini.
Hasil pencarian di internet, saya mendapati ada satu servis menyimpan bagasi terletak di kawasan Dataran Taksim. Namun perjalanan dari lapangan terbang Attartuk ke Dataran Taksim tersekat apabila saya sesat turun di sebuah stesen. Alhamdulillah kesesatan saya disedari sebuah pasangan suami isteri muda syrian-turkish yang kurang fasih berbahasa english namun difahami. Mereka kemudian membantu saya menahan bas yang menuju ke sana. Di Dataran Taksim pula, saya mencari kedai tersebut melalui pertanyaan-pertanyaan kepada orang Turki sendiri. Saya menunjukkan alamat dan peta tapi semua memberikan arah yang salah. 2 jam saya mundar mandir di Dataran Taksim mengheret bagasi seberat 30kg. Serik bertanya, saya cuba baca peta. Dulu pernah belajar teknik baca peta di MTD. Alhamdulillah masih ingat dan jumpa tempat tersebut.


Selesai menyimpan bagasi di sana yang dicaj 11 Lira sehari, saya mencari sesuatu untuk dimakan. Saya mencuba burger yang beharga 2.5 Lira, malah mendapat minuman percuma sebagai tanda selamat datang daripada mereka. Tidak terhenti di situ sahaja, perancangan saya terbantut andai kata saya tidak pergi ke Cappadocia pada hari tersebut. Berjalan sejauh 10minit daripada dataran Taksim, di situ saya membeli tiket bas malam. Saya memilih bas syarikat Metro kerana ianya dicadang ramai di internet kerana khidmatnya yang baik. Tiketnya hanya 50 Lira dengan perjalanan sejauh 1200km 12 jam perjalanan termasuk khidmat makanan ringan, wifi dan televisyen tempat duduk. Malah tiket yang saya dapat itu merupakan tiket terakhir pada malam tersebut. Tamat hari pertama, walaupun agak letih tapi tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini.