Monday, 8 October 2018

NAMA SAYA MOHAMMAD

"Меня зовут Мохаммад"

Kalau travel selalunya saya namakan diri Mohammad, bukan Ubadah. Itu saja cara setakat ni untuk saya mengenal orang asing (stranger) dalam masa diberi 3 saat. Kalau dia 'tergerak' atau terusik hati dengan nama tu, maka saya tahu dia orang baik. Kalau tak tu saya akan berhati-hati (ye lah berseorangan di tempat asing banyak terdedah kepada bahaya). Tak masuk akal bukan? *sambil garu kepala yang tak gatal*

Takde yang tak logik. Kita tahu betul bukan kalau kita cinta sesuatu/seseorang kita akan betul-betul mencontohi dia. Tak buat benda jahat. Menyambung silaturrahim. Membantu orang memerlukan, anak yatim & fakir miskin. Berusaha jadi orang paling bermanfaat. Berbakti & taat pada ibu bapa. Memaafkan kesalahan orang. Meninggalkan maksiat bahkan benda sia-sia. Jujur amanah dll. Banyak lagi akhlak & sifat yang diajarkan oleh baginda saw kepada kita. Hanya satu perkataan dapat kita simpulkan tentang akhlak baginda- sempurna! Bukankah indah??

Lebih indah daripada itu; Rasulullah saw sangat & terlalu CINTA yang amat kepada kita umatnya. Baginda seringkali menangis kerana rindukan umatnya hingga telah membuat para sahabat cemburu.

MENGENAL DIRI

Sekarang mengembara sudah menjadi satu kebiasaan. Hasil kemudahan & trend semasa, maka ramai tak kira usia bahkan kaya atau miskin pun mengembara. Agensi & kemudahan untuk melancong tumbuh macam cendawan sampai ada segelintir manusia bersifat tamak mengambil kesempatan dengan penipuan.

Pernah tular perbincangan kembara 'sebenar' tu macam mana?

Kalau merancang itenarary, membawa beg troli besar, mengikut pakej pelancongan itu bukan kembara yang sebenar. Kata mereka.

Itu semua perkara teknikal sahaja.

Tuhan kata tentang mengembara ni, adalah mengembara untuk memerhatikan golongan umat terdahulu dengan mata hati. Tuhan kata perhatikan keindahan alam ciptaan tuhan untuk menaikkan tingkat iman kita.

Kembaralah dengan itenarary lengkap, beg troli besar atau pakej pelancongan paling mewah sekalipun.

Yang penting, kita gunakan mata hati untuk memerhatikan golongan umat terdahulu & ciptaanNya.

Hatta kehidupan kita inipun merupakan satu pengembaraan.

PRA-KATA

Saya percaya bahawa setiap perjalanan mempunyai cerita hatta setiap hari mempunyai ibrahnya. Setiap aturan Allah itu pasti mempunyai hikmah samada tersurat atau tersirat.

Saya bukan seorang pengembara tegar. Saya juga bukan seorang penulis. Menulis sebuah buku travelog bagi saya ibarat seorang yang lahir dari kawasan pergunungan, diberi kapal layar untuk melayari laut samudra.

Cuma apa yang saya lalui dan rasa di dalam pengembaraan berkala saya ini, niat saya bukukan tentunya tidak mencapai kesempurnaan tetapi mudah-mudahan menjadi perkongsian ibrah yang bermanfaat & inspirasi untuk mengembara.

Semoga bermanfaat untuk pembaca & penulis !