Wednesday, 15 October 2014

AAAAAAAAAAARRGGHHHHHHHHHHHH




i havent skype with my family because i feel ashamed that i didnt manage to update this blog...
feel like a failure!!


Jelajah Turki Day 5 @ Fethiye

Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Fethiye, Turki. Plan untuk ke situ dibuat saat-saat akhir apabila seorang sahabat mencadangkan saya ke sana. Mungkin tengok status kat facebook kot maka dia terus berhubung dengan saya untuk bertanya kahabar kerana dia pun baru lepas balik dari turki. Mula-mula saya memang tak tahu apa-apa pasal tempat itu. Dah la minit terakhir plan jadi tak survey langsung. Sampai-sampai je blur. Malah tak booking mana2 hostel pun. berbekalkan internet kompeni bas tersebut saya menemui satu hostel murah. Maka saya meminta van sapu untuk menghantar saya ke sana. Macam biasa servis van sapu adalah percuma.

Masalah timbul kerana hostel tersebut penuh. Saya pun ke hostel berdekatan juga penuh. Maka bermulalah pencarian mencari hostel atau hotel murah yang sesuai dengan bajet travel saya. Lagi satu masalah pada waktu tersebut adalah malam. Pencarian hostel hampir 3 jam lamanya dengan membawa beg yang berat. Hampir kesemua hostel dan hotel saya pergi namun semuanya murah kecuali yang sangat mahal harganya. Masjid juga terletak jauh daripada kawasan tersebut dan surau yang ada dikunci. Akhirnya saya mengambil keputusan tinggal di sebuah hotel atas kedai. Itu yang paling murah di antara yang kosong. Waktu saya check in hotel tersebut adalah hampir pukul 1 pagi. Selesai membersihkan diri, saya tidur untuk rehat setelah seharian suntuk berjalan.

Keesokan harinya, saya berjalan-jalan di sekitar pelabuhan Fethiye tersebut. Ianya sangat cantik, banyak kapal layar yang tersusun rapi dan kemas. Tengok suasana tersebut maka saya simpulkan tempat tersebut lebih kepada kelautan. Samada nak berlayar, berenang, memancing, dll. Memang sesuai untuk orang yang suka aktiviti laut dan air. Di situ juga saya tak rasa macam ada di Turki. Boleh kata 70% orang-orang yang berjalan2 di situ adalah orang Barat dengan kulit putih dan pakaian yang seksi. Tempat camni tak masuk dengan diri saya tapi mujurlah ada trip bot yang akan pergi ke beberapa pulau kecil di Fethiye. Inshaallah untuk mentadabbur keindahan alam ciptaan Allah. Oh ya, ini boleh kata pengalaman menaiki trip bot pertama dalam hidup saya.



Untuk menyertai trip bot hanya boleh pergi ke jeti pelabuhan Fethiye di situ terdapat banyak booth yang menawarkan harga yang murah. Namun saya oleh kerana tak tahu menahu tentang sistem di situ jadi saya pergi ke sebuah agensi pelancongan menempah tiket untuk trip bot di situ. Harganya adalah 50 Lira termasuk makan tengahari, dan 8 jam perjalanan ke 12 pulau termasuk berhenti di 4 tempat untuk mandi manda. Satu perkara yang saya lupa beritahu dari tadi adalah, hari tersebut adalah 1 Ramadan. Seperti Russia Turki juga selalu menyambut perayaan islam sehari lebih awal daripada Malaysia. Malah, hari tersebut juga adalah ulang tahun lahir saya yang ke 21. Yang bermain di dalam fikiran adalah apa yang telah saya lakukan pada umur ini sedangkan pada umur itulah Sultan Muhammad Al Fatih menawan Konstantinople.

Walaupun Islam telah meringankan kewajipan puasa bagi musafir, saya bercadang untuk puasa juga. Namun tak dinafikan ianya sangat mencabar dengan suasana kebaratan, siang 16 jam dan menyertai trip yang berkaitan dengan aktiviti air. Trip bot bermula jam 10.30 pagi dan anggaran dalam 50 orang penumpang dan 7 orang pengemudi kapal. Kebanyakan di atas bot itu adalah bukan orang tempatan. Saya yang keseorangan cuba untuk mencari kawan. Mula-mula saya cuba bertanya khabar dengan sebuah geng dari Hong Kong tapi tak mendapat respon yang mengalukan. Malah masing2 di sana melakukan hal masing2 bersama keluarga ataupun kawan masing2. Mujur saya masih bersama sahabat setia saya, kamera.  Lihat dari sisi baiknya, sepanjang atas air itu saya banyak menghabiskan masa untuk menghayati kecantikan laut dan pulau2 dengan mata hati dan lensa kamera.









Bot tersebut akan melalui 12 pulau selama 8 jam perjalanan pergi balik dan setiap 3 jam bot akan berhenti 30 minit memberi ruang kepada penumpang untuk berenang. Hampir semua penumpang terjun ke laut kecuali beberapa gadis Asia Timur dan warga tua. Saya hanya turun untuk merendamkan diri sahaja kerana berpuasa pada hari tersebut. Kalau berenang takut termasuk mana2 rongga badan. Di pertengahan jalan juga bot berhenti di tengah2 laut untuk makan. Masakan pada waktu itu adalah ikan dan ayam bakar, sekali lagi menguji ketahanan diri saya. Walaupun dilihat agak terseksa berpuasa pada waktu tersebut, mungkin berkat Ramadan apatah lagi di hari jumaat menjadikan hati tetap rasa tenang dan diberikan kekuatan. Teringat kisah perang Ahzab yang berlaku di bulan Ramadan tapi dibantu Allah swt. 

Namun di atas kapal saya duduk berdekatan sebuat kumpulan orang berusia. Bahasa yang mereka tuturkan amat lali dengan kehidupan harian yang sebagai siswa. Mana lagi kalau bukan dari Russia. Maka dek kerana bosan satu masa tu saya menegur salah seorang makcik tu yang akhirnya membuatkan saya menyesal menegur dia. Bukan kerana apa tapi makcik Rusia itu terlalu ramah. Daripada latar belakang pelajaran ke keluarga malah tentang perancangan masa hadapan semua ditanya. Mungkin kerana teruja berjumpa orang bukan Rusia berbahasa rusia dia jadi sebegitu ramah tapi sepanjang pengalaman saya di Rusia sebenarnya sangat sukar berjumpa orang Rusia yang sangat peramah. Perasaan tawar pada orang Rusia dek kerana peristiwa2 yang berlaku sebelum datang ke Turki akhirnya terisi dengan keramahan makcik tu.

Tamat trip bot tersebut, saya pulang ke hotel untuk berkemas. Apabila turun dari hotel saya bertanya kepada seorang warga Turki cara untuk sampai ke stesen bas. Setelah mendapat sedikit penerangan maka saya berpusing dan melangkah beberapa kaki tiba2 saya dipanggil semula. Lelaki tersebut menyuruh saya duduk bersama dia. Dia mengajak saya iftar bersama2 kawan dia dan anaknya. Saya agak segan kerana dibelanja oleh orang asing dan suasana pada waktu tu sepi bukan kerana jurang bahasa.