Thursday, 11 December 2014

Jelajah Turki Day 9 @ Istanbul

Sambungan daripada plan hari kedua, saya melawat Istana Top Kapi. Rasanya seumur hidup saya inilah kali pertama saya menjejakkan kaki betul-betul di dalam istana. Apa yang menarik perhatian saya adalah seni binanya yang amat cantik. Tak pelik pun sebab itulah istana yang didiami pemerintah sebuah empayar yang pernah menaungi 2/3 dunia. Istana, ibarat simbol atau maruah kekuasaan seseorang raja atau penguasa jadi mestilah dibina dengan segala kepakaran dan kos yang tinggi, monolog saya untuk bersangka baik. Istana Top Kapi dibina sekitar tahun ... Malah dengan binaan secantik itu menunjukkan kekayaan dan kepakaran yang mereka ada. Itulah salah satu kehebatan empayar Turki Uthmaniyah satu ketika dahulu. Tapi seperti Hagia Sofia, Istana Top Kapi juga sudah diubah fungsinya. Sekarang istana ini dijadikan muzium yang mempamerkan perlbagai peralatan, senjata dan harta peninggalan empayar Turki Uthmaniyah. Salasilah kerabat diraja juga dipamer dan diceritakan secara detail di situ. Namun selain perkara-perkara tersebut, apa yang paling istimewa adalah koleksi-koleksi yang disimpan lewat para sahabat, ahlul bait dan Rasulullah saw sendiri. MashaAllah. Melihat peninggalan-peninggalan tersebut sambil menghayati sirah mereka, memberi rasa sayu tapi kagum dengan mereka. Malangnya tempat tersebut dilarang mengambil gambar dan dikawal mata-mata dan kamera pengawal sana. Ada la beberapa gambar curi sempat diambil untuk dibuat memori tapi kebanyakannya kabur kerana gelap. Sempat juga meneroka Harem, tempat beradu kerabat diraja sultan kerajaan Turki Uthmaniyyah.








Saya menghabiskan hampir 4 jam di sana. Lebih lama dari jangkaan dan perancangan. Kemudian saya solat di masjid kemudian saya bergegas pulang ke hostel kerana saya sudah lebih satu jam waktu check out. Tiba di hostel penjaganya sudah menunggu di situ malah dia turut membantu saya mengemas tempat saya. Selesai berkemas, saya menggunakan baki 2 jam yang ada untuk membeli suvenir dan barang-barang yang dipesan oleh sahabat-sahabat. Akhirnya pada jam 5 petang, van transit tiba di hostel dan saya menaikinya menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Maka setelah 9 hari 8 malam di Turki, tamatlah trip solo saya kali ini. Pelbagai pengalaman dan ibrah saya dapat, malah kawan baru dari pelbagai negara; China, Korea, dan UK. Walaupun mungkin takkan berjumpa lagi, kami sempat bertukar email dan facebook.



Berbalik kepada tadi, lawatan ke Istana Top Kapi ni juga ibarat lawatan sambil belajar ke muzium. Dalam erti kata lain ibarat belajar sejarah. Kalau dalam zaman sekolah tu subjek sejarah adalah subjek yang paling rendah la martabatnya sampai saya sendiri malu mengaku suka sejarah. Malah semasa saya masih dalam fasa merancang ada kawan yang pesan tak perlu melawat Top Kapi kecuali jika minat sejarah. Tapi dalam semua-semua tempat saya rasa Istana Top Kapi lah yang paling saya tunggu-tunggukan kerana memang sejak zaman sekolah saya dengar di sana tersimpan barang-barang peninggalan baginda Rasulullah saw. Malah di muzium Top Kapi tersebut kita boleh bandingkan betapa bezanya kehidupan para sahabat dengan pemerintah kini. Malahan saya kagum dengan usaha kerajaan Turki turut sertakan sejarah baginda Rasulullah saw dan para sahabat di samping mempamerkan kemegahan kerajaan Turki Uthmaniyyah di dalam satu muzium. Lagi dengan harganya yang agak mahal membuat pelawat rasa rugi tak meneroka muzium tersebut jadi secara tak langsung saya lihat pelancong-pelancong asing pun turut menghayati sejarah titik tolak dan kegemilangan Islam satu ketika dahulu. Jadi kalau mereka pun begitu, apatah lagi kita sebagai umat Islam. Sudah tiba masanya untuk kita belajar daripada semalam dan berusaha untuk esok. Action speaks louder than words.

Jelajah Turki Day 8 @ Istanbul

Hari kedua di Istanbul saya menyambung semula lumrah seorang musafir; mengembara meskipun jasad masih letih beserta panasnya hari. Hari itu bertarikh .... Sudah semestinya bagi sesiapa yang datang ke Istanbul untuk menyelusuri jejak Sultan Muhammad Al-Fetih, wajib melawat tempat-tempat penting ini lagi-lagi Masjid Sultanahmed, Hagia Sofia, dan Istana Top Kapi. Tapi Masjid Sultanahmed sudah dilawat dan Istana Top Kapi tutup pada hari Selasa jadi terpaksa mengubah rancangan. Pertama pada waktu pagi saya pergi ke Hagia Sophia. Dibina buat pertama kali sebagai gereja oleh empayar Byzantine kemudian diubah menjadi masjid setelah empayar Turki Uthmaniyyah menawan Konstatinopel. Kini setelah tumbangnya khalifah tahun 1924 (check balikkkk) lalu digantikan dengan kerajaan islam sekular, Hagia Sofia diubah menjadi muzium semata-mata. Kini cat pada dinding Hagia Sofia dikikis bagi memaparkan lukisan-lukisan kegerejaan di samping mengekalkan ukiran-ukiran seni islam. Itu menarik ramai pelancong untuk datang ke situ. Ibarat ada dua pertembungan sejarah dan budaya dalam satu bangunan yang masih gah bertapak betul-betul berhadapan dengan Masjid Sultanahmed.







Susai meneroka Hagia Sophia, saya berjumpa seorang pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Sempat menegur dia kerana melihat kamera di tangannya. Kadang-kadang bila ada persamaan ni rasa mudah untuk berkawan kan. Dan memang biasa Istanbul ni jadi tempat bagi pelajar Malaysia untuk singgah sebentar sebelum pulang ke tanah air. Ada yang datang berkonvoi dengan kawan-kawan, bersama keluarga dan ada juga yang bersendirian. Tapi yang datang ramai-ramai ni ada kalanya terbatas dalam zon mereka sahaja. Salam pun tak terbalas mungkin kerana rancak bergaul hanya sesama mereka. Tapi ada juga yang senyum bila bertentangan mata. Dan yang berseorangan inilah yang mudah untuk didekati. Mungkin itu kot yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah saw; kambing yang bersendirian amat mudah untuk diserang oleh serigala. Sepanjang saya di istanbul juga, berseorangan, rasanya lebih 10 kali saya disapa, ambil gambar dan diajak borak. Soalan paling popular; "Muslim?" dan "Why are you travelling alone?". Alhamdulillah saya diberi nikmat Islam dan untuk jawab lepas soalan kedua, saya hanya jawab mahu kebebasan berjalan dan pengalaman.


Kemudian saya berhasrat untuk menghabiskan sisa masa hari tersebut untuk menziarah kubur arwah sahabat saya; Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam Rasa tak sah kalau datang Turki tanpa melawat kubur dia kerana kehadiran dia dalam hidup saya, tak lah rapat pun, tapi sangat signifikan. Bahkan kematian arwah adalah satu kematian yang menghidupkan. Untuk saya dan ramai lagi pemuda di luar sana. Sangat banyak untuk saya kongsikan tentang dia jadi inshaallah saya akan buat dalam bab baru. Saya telah mengorbankan hasrat untuk singgah Galata Tower dan Kubu (apaentah nama) semata-mata untuk menziarahi kubur arwah. Kubur arwah terletak berdekatan Masjid Ayub bersama dengan ramai lagi kubur pada syuhada' yang lain. Hasil penyelidikan saya di internet, tahu lah bahawa untuk ke Masjid Ayub mengambil masa kerana lokasinya yang jauh ke dalam. Asalnya ingin menaiki bas, tapi rupa-rupanya ada feri yang boleh ke sana. Jadi perjalanan saya ke kubur arwah ibarat merangkumi lawatan ke Masjid Ayub dan trip cruise melalui Golden Hord (check balik ni........). Saya menaiki feri di Eminonu dan ke stesyen feri terakhir di laluan Golden Hord ini. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Hati yang sayu, pemandangan yang cantik, bayu laut dan burung cemeti mengiringi perjalanan atas air saya ke sana. 




Setibanya saya di sana, perlu melalui lorong-lorong kedai. Rupa-rupanya kawasan itu juga meriah dengan perniagaan dan kehadiran pelancong. Saya ingat kurang meriah kerana lokasinya yang agak jauh dan hanya Masjid Ayub menjadi tarikannya. Masjid ini bagaimanapun menyimpan sejarah yang sangat penting kerana di situ terletaknya makam seorang sahabat Rasulullah saw yang masyur; Abu Ayyub Al-Ansari. Pada makam tersebut ramai yang berdoa dengan khusyuk ada yang menangis, lebih khusyuk daripada orang yang duduk bertafakkur di dalam masjid tersebut. Saya ingin bertanya tapi kesemua orang yang saya sapa tak faham english. Setahu saya doa dan pengharapan kita mestilah kepada Allah semata-mata; tiada yang lain melainkan Allah. Kemudian selain itu, barulah saya tahu di kawasan Masjid Ayub itu terdapat tarikan kereta kabel dari puncak bukit tempat tersebut. Dari kereta kabel tu boleh melihat panorama laluan Golden Horde. 


Selesai menunaikan solat fardu secara jama' dan qasar, saya pergi ke kawasan perkuburan para syuhada' itu tapi terlalu banyak hingga memenuhi bukit tersebut hingga ke puncak. Malah di kawasan perkuburan tersebut didiami oleh banyak kucing. Pemandangannya sangat cantik, kucing ibarat penjaga kubur-kubur tersebut. Dek kerana buntu saya berpatah balik ke Masjid Ayub untuk bertanya tentang kubur arwah Ammar. Jadi sudah semestinya saya pergi ke bilik pentadbir Masjid Ayub. Nampak sangat sibuk saya siap kena tunggu giliran. Tapi orang-orangnya tidak faham english saya tak tahu macam mana nak tanya. Kemudian saya hanya sebut "Malaysia. Ahmad Ammad Ahmad Azam". Terus saya dibawa petugas masjid tersebut ke seorang petugas juga di situ yang boleh berbahasa Inggeris. Dari dia saya diberi panduan untuk sampai ke kubur arwah sahabat saya itu. Dia juga memberitahu saya baru-baru itu ada orang dari Malaysia juga datang untuk menziarah kubur arwah. Saya terharu la sebab penjaga-penjaga Masjid Ayub dan kawasan sekitarnya itu juga kenal arwah meskipun sudah hampir setahun dia pergi.

Jalan kaki selama 20minit untuk sampai ke kubur arwah dari Masjid Ayub. Setibanya di situ, jelas terpapar bendera Malaysia dan Turki di batu nesannya. Saya singgah rehat sebentar di situ untuk sekian waktu. Sempat membaca al-fatihah dan yasin untuk arwah. Seusai ziarah saya di situ, saya pulang semula ke Istanbul Lama dengan feri juga. Kemudian saya menunggu waktu berbuka, sempat terawih di Masjid Biru buat kali terakhir kerana keesokan petang saya pulang ke tanah air.



golden hord?
ayyub al ansari?
nama penuh ammar?

Tuesday, 4 November 2014

Jelajah Turki Day 7 @ Istanbul

Lengkap penerokaan di Ephesus maka tamatlah trip luar Istanbul saya. Maka bermula sebuah perjalanan yang menjadi khadaf utama jaulah Turki saya kali ini, untuk menjejakkan kaki ke tempat yang pernah menjadi saksi deruman dan semangat seorang pemuda berumur 21 tahun menakluk kota rebutan kuasa besar yang pertahanannya paling kukuh di dunia pada abad itu. Beliau lah Sultan Muhammad Al-Fatih, seorang yang disebut Rasulullah saw sebagai sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Bukan itu sahaja, kisah bagaimana kehidupan muda beliau sangat memberi inspirasi dengan karisma kepimpinan dan strategi perang yang diiktiraf pakar strategi perang sebagai antara yang terbaik. Tentera-tentera beliau juga bukan calang-calang pejuang.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Perjalanan dari Ephesus ke Istanbul menaiki bas Metro mengambil masa 10 jam. Sepanjang perjalanan saya tidur dek kerana keletihan 6 hari berjalan tanpa henti. Lagi-lagi tu bas malam jadi memang tidur sepanjang masa. Ada la berhenti beberapa minit untuk mengambil angin. Sampai Istanbul jam 7 pagi dan dihantar dengan bas mini sapu ke Dataran Taksim. Di Dataran Taksim saya mengambil beg bagasi yang saya tinggalkan. Maka bermula semula cabaran menarik beg seberat 30kg tapi menuju ke Istanbul Lama. Destinasi ada, pengangkutan dah tahu macam mana. Kalau matlamat jelas, cara pun semampu badan maka yang tertinggal hanya usaha. Namun perkara yang tidak diingini berlaku. Beg bagasi saya pemegangnnya tercabut betul-betul selepas keluar daripada tram Metro. Maka tiada apa unjuran atau bonjolan yang boleh saya tarik. Ada kalanya saya terpaksa angkat bersilih ganti dengan hand luggage sebab tak mampu angkat dua-dua serentak. Mujur ada seorang rakyat Turki yang sudah lama memerhatikan sudi menelefon hotel yang saya tempah. Masalahnya saya tak tempah apa-apa hotel pun.



Jadi saya terpaksa pikul, letak, rehat, dan pikul, letak, rehat banyak kali meronda-ronda kawasan Gulhane itu untuk mencari hostel yang berpatutan dengan bajet. Dua buah beg pula tu dalam cuaca yang panas dan sedang berpuasa. Waktu-waktu camtu baru saya faham pentingnya bermusafir bersama orang lain seperti yang disarankan Rasulullah saw. Malangnya semua hostel penuh dan selepas 2 jam berpusing-pusing sekitar kawasan itu saya jumpa satu hostel yang kosong satu untuk 9 orang satu dorm. Alhamdulillah. Jam pada waktu itu lebih kurang pukul 1.30 petang. Oleh kerana keletihan yang teramat sangat saya berehat di dorm tersebut hingga asar. Seusai zohor saya bersiap untuk menunaikan solat asar di Masjid Biru. Oh ya daripada hostel yang saya menetap iaitu Second Home Hostel hanya mengambil masa 10 minit berjalan. Memandangkan hari pertama saya di Istanbul saya mengenakan baju melayu sebagai meraikan. Tapi ketika berjalan menuju ke sana, tiba-tiba ada seorang Turki yang sudah berumur mengajak saya berjalan-jalan di Gulhane Park. Untuk tidak mengecewakan hasratnya saya ikut dia dan solat di atas rumput di taman tersebut saja.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk dikongsikan perbualan dengan pakcik tersebut kerana dia lebih banyak menceritakan kisah peribadi dia. Seolah-olah dia meluahkan segala rasa pada saya. Tapi itulah orang Turki sangat ramah seolah-olah sudah lama kenal kita. Kalaulah di negara lain orang buat macam tu mesti kita rasa ragu-ragu tapi Turki ni kekuatannya ada pada orangnya sendiri. Selepas saya berpisah dengan pakcik tu pun saya disapa oleh seorang wanita berumur 30-an yang merupakan arkeologi muda yang terlibat dalam usaha membina semula kota purba di Ephesus. Dia agak terkejut bila tahu saya berpuasa sebab katanya orang Turki kebanyakannya masih liberal dan tidak berpuasa. Antara alasan paling popular adalah panas dan siangnya lama. Namun disebalik tu mereka percaya hanya dengan Islam mampu mengembalikan kegemilangan negara mereka ketika zaman Turki Uthmaniyyah dahulu. Dalam apa-apa isupun orang Turki lah yang sering terkehadapan membela nasib umat-umat islam yang tertindas. Belum sebut lagi presiden mereka yang karismanya didamba seluruh muslim dunia, Recep Tayyib Erdogan.

Hari pertama di Istanbul saya habiskan masa untuk bersenang lenang merasai Ramadan di sana. Bersenang lenang di sini maksud saya tiada video dirakam dan tiada gambar diambil melainkan sedikit. Sebagai seorang yang sedang mengembara juga, seronok melihat tempat yang pelbagai bangsa berada di suatu kawasan. Kemudian ramai antara mereka yang muslim dan bangunan-bangunan sekeliling yang berkubah dan cantik. Ada kalanya saya diberi salam, malah disapa dan ditanya khabar. Ada juga terjumpa orang-orang Malaysia di situ tapi semuanya berkumpulan dan hanya sempat memberi senyuman. Rupa-rupanya mereka juga pelajar dan banyak dari Mesir. Ada yang sudah beberapa kali singgah di Istanbul dan ada yang pulang selepas graduasi dari luar negara bersama keluarga. Hampir maghrib saya bertafakkur di foyer Masjid Biru. Masjid Biru juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed dan dibina untuk melawan seni bina Aya Sofia yang terletak berhadapannya.









Di perkarangan Masjid Biru tersebut saya berkenalan dengan Milad dan Arif, saudara seaqidah berbangsa Afghanistan dan Pakistan tapi lahir dan membesar di London. Melihat saya keseorangan mereka menegur saya hanya dengan sekuntum senyuman kemudian sapaan salam. Bermula dari situ, kami bertiga bersama-sama solat berjemaah di Masjid Biru, kemudian iftar di restoran bersebelahan Masjid Ali Pasha. Satu malam sudah cukup memberi rasa sayang pada mereka sebagai saudara seaqidah. Kami bertukar-tukar email dan nombor telefon. Malah mereka menjemput saya datang ke London dan saya mengajak mereka datang ke Malaysia masing-masing untuk menjadi tuan rumah bagi negara asal masing-masing. Sampai sekarang kami masih berhubung.



Sunday, 2 November 2014

Jelajah Turki Day 6 @ Ephesus

Hari ke enam berada di Turki bersamaan hari ke dua Ramadan di sini langsung tidak melambatkan perjalanan saya. Perasaan merantau sambil berpuasa memberikan feeling2 pejuang islam perang Badar. Tapi apalah sangat suhu 37 darjah selsius, siang 16 jam, jalan2 di tempat bersejarah yang terbuka berbanding berjalan hampir 130km. Sungguh puasa itu pun kadang2 boleh menjadi kekuatan buat kita. Oh ya hari ini saya meneruskan perjalanan ke Selcuk, di mana terletaknya Ephesus. Ephesus merupakan tempat bersejarah bangsa Greek zaman dulu. Di situ terletaknya salah satu daripada 12 bandar utama empayar Greek. Malahan lokasinya yang terletak di tengah-tengah hutan dan bukit bakau, yang jauh dari kawasan pembangunan, secara tak langsung memberikan impak seolah-olah berada di zaman Greek. Sungguh mengagumkan hasil usaha arkitek-arkitek hebat dan kerajaan Turki.

Kronologi di sana, mula-mula saya membeli tiket pulang ke Turki sebaik sampai di Seljuk. Sejurus selepas itu saya menaiki bas mini menuju ke Ephesus yang mengambil masa 15 minit. Saya tiba awal (seawal jam 8 pagi) seperti yang dirancang bertujuan untuk tiba waktu tidak ramai orang dan bermula dari bawah ke atas untuk tujuan yg sama kerana kebanyakan orang memilih dari atas ke bawah. Selain saya ada dua pasangan tua dari Amerika yang saya lihat sangat berminat mempelajari sejarah Kota Purba Greek di Ephesus itu. Oleh kerana hanya kami bertiga bermula dari bawah dan datang awal, mereka sempat bergurau; "You are following us since then, where are from?". Itulah yang saya suka menjadi pengembara ni, walaupun tak kenal tapi kerana mempunyai persamaan, rasa seolah selesa sekali. Lagi-lagi mereka orang Amerika, terkenal dengan sifat keterbukaan. Mereka sangat teliti membaca sejarah kota tersebut, saya pula teliti dengan seni bina tempat tersebut. Cuba-cuba untuk menjadi architecture photographer.





Dalam masa hampir sejam, tempat tersebut dikerumuni ramai orang. Ramai antara mereka datang berkumpulan dibimbingi oleh seorang agensi yang bercerita tentang tempat tersebut. Ada kalanya saya curi-curi dengar untuk mengetahui sejarah tempat tersebut lebih lanjut. Tapi tak semuanya bahasa inggeris ada cina, sepanyol, Turki, malah bahasa rusia yang saya pun boleh faham. Di kota purba itu juga terdapat banyak kucing yang berkeliaran tak tahu siapa yang menjaga mereka atau mungkin sengaja dibiar membiak di sana. Apapun pada saya kehadiran kucing-kucing di situ sungguh menghiburkan dan menarik. Aksi-aksi mereka seolah-oleh merekalah penduduk kota tersebut. Sepanjang di sana berjalan dari bawah ke atas, hujung ke hujung hanya mengambil masa 3 jam. Itu termasuk menghayati serba sedikit sejarah dan masa fotografi. Rasanya kalau berjalan tanpa henti tak sampai satu jam sudah cukup dari hujung ke hujung.








Selesai 'lawatan sambil belajar' di sana, saya berjalan ke sebuah tempat bernama Cave of Seven Sleepers. Oleh kerana tiada pengangkutan terus saya berjalan selama 40minit untuk sampai ke sana. Sangat memenatkan. Tapi berbaloi la sebab tempat ini tempat berlakunya kajaiban yang dipercayai dua agama samawi dunia ini; Islam dan Kristian. Malah kisah ini tercatat dalam Quran itu sendiri. Nama lainnya adalah kisah Pemuda Kahfi seramai 7 orang yang melarikan diri daripada pemerintah yang zalim bersama seekor anjing dan dengan izin Allah mereka tertidur selama 300 tahun. Namun menurut penyelidikan Islam dipercayai gua tersebut terletak di Amman, Jordan dan ada yang mengatakan di Damsyik, Syria. Tempat yang di Ephesus ini merupakan tempat yang dipercayai oleh orang Kristian. Tempatnya agak terpencil dan dijaga oleh seorang pengawal. Apapun abaikan di mana lokasi sebenar tempat kisah ajaib tersebut, moga pengajaran kisah tersebut boleh diambil.



Selepas itu saya singgah di Basilica of St.John tempat di mana sebuah gereja di bina di atas makam St.John. Tempat itu terletak di atas Bukit Ayasoluk, Seljuk. Menurut sejarah St John ni merupakan seorang paderi Kristian yang telah membaptiskan ramai orang sehinggakan saat-saat kematiannya, Jesus datang melawat. Untuk memperingati beliau, Justinian membina sebuah gereja di situ yang akhirnya roboh dipercayai kerana gempa bumi. Namun kini giat dibina semula oleh arkeologi-arkelogi ternama dunia. Dari atas bukit tersebut boleh dilihat Masjid Isa Bey, masjid paling tua di sana. Berdekatan gereja tersebut terletaknya kubu kerajaan Turki Uthmaniyyah. Di tengah-tengah kubu puncak bukit tersebut ada sebuah masjid kecil namun oleh kerana masa melawat sudah tamat saya amat terhad meneroka tempat tersebut. Itupun atas belas kasihan pengawal kubu tersebut membenarkan saya masuk. Kubu tersebut juga disebut sebagai 'Crown of Seljuk' dan dari jauh pun boleh kelihatan gah berdiri di puncak bukit Ayasoluk.








Seusai meneroka Seljuk saya berehat di sebuah restoran berdekatan stesen bas. Sumpah hari itu merupakan hari yang sungguh memenatkan. Boleh kata berjalan sepanjang hari dalam keadaan puasa dan cuaca yang panas terik. Namun alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus meneroka. Di restoran tersebut saya menempah makanan untuk berbuka. Entah kenapa pekerja-pekerja restoran tersebut seolah-oleh teruja bila saya kata saya berpuasa. Sebenarnya orang Turki sendiri meskipun 98% beragama Islam tapi masih ramai yang tak berpuasa. Ini menimbulkan sedikit pertanyaan dalam diri sedangkan mereka adalah ummat yang paling terkehadapan membela nasib-nasib umat Islam yang tertindas. Pada jam 9.30 saya menaiki bas menuju ke Istanbul.