Thursday, 11 December 2014

Jelajah Turki Day 8 @ Istanbul

Hari kedua di Istanbul saya menyambung semula lumrah seorang musafir; mengembara meskipun jasad masih letih beserta panasnya hari. Hari itu bertarikh .... Sudah semestinya bagi sesiapa yang datang ke Istanbul untuk menyelusuri jejak Sultan Muhammad Al-Fetih, wajib melawat tempat-tempat penting ini lagi-lagi Masjid Sultanahmed, Hagia Sofia, dan Istana Top Kapi. Tapi Masjid Sultanahmed sudah dilawat dan Istana Top Kapi tutup pada hari Selasa jadi terpaksa mengubah rancangan. Pertama pada waktu pagi saya pergi ke Hagia Sophia. Dibina buat pertama kali sebagai gereja oleh empayar Byzantine kemudian diubah menjadi masjid setelah empayar Turki Uthmaniyyah menawan Konstatinopel. Kini setelah tumbangnya khalifah tahun 1924 (check balikkkk) lalu digantikan dengan kerajaan islam sekular, Hagia Sofia diubah menjadi muzium semata-mata. Kini cat pada dinding Hagia Sofia dikikis bagi memaparkan lukisan-lukisan kegerejaan di samping mengekalkan ukiran-ukiran seni islam. Itu menarik ramai pelancong untuk datang ke situ. Ibarat ada dua pertembungan sejarah dan budaya dalam satu bangunan yang masih gah bertapak betul-betul berhadapan dengan Masjid Sultanahmed.







Susai meneroka Hagia Sophia, saya berjumpa seorang pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Sempat menegur dia kerana melihat kamera di tangannya. Kadang-kadang bila ada persamaan ni rasa mudah untuk berkawan kan. Dan memang biasa Istanbul ni jadi tempat bagi pelajar Malaysia untuk singgah sebentar sebelum pulang ke tanah air. Ada yang datang berkonvoi dengan kawan-kawan, bersama keluarga dan ada juga yang bersendirian. Tapi yang datang ramai-ramai ni ada kalanya terbatas dalam zon mereka sahaja. Salam pun tak terbalas mungkin kerana rancak bergaul hanya sesama mereka. Tapi ada juga yang senyum bila bertentangan mata. Dan yang berseorangan inilah yang mudah untuk didekati. Mungkin itu kot yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah saw; kambing yang bersendirian amat mudah untuk diserang oleh serigala. Sepanjang saya di istanbul juga, berseorangan, rasanya lebih 10 kali saya disapa, ambil gambar dan diajak borak. Soalan paling popular; "Muslim?" dan "Why are you travelling alone?". Alhamdulillah saya diberi nikmat Islam dan untuk jawab lepas soalan kedua, saya hanya jawab mahu kebebasan berjalan dan pengalaman.


Kemudian saya berhasrat untuk menghabiskan sisa masa hari tersebut untuk menziarah kubur arwah sahabat saya; Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam Rasa tak sah kalau datang Turki tanpa melawat kubur dia kerana kehadiran dia dalam hidup saya, tak lah rapat pun, tapi sangat signifikan. Bahkan kematian arwah adalah satu kematian yang menghidupkan. Untuk saya dan ramai lagi pemuda di luar sana. Sangat banyak untuk saya kongsikan tentang dia jadi inshaallah saya akan buat dalam bab baru. Saya telah mengorbankan hasrat untuk singgah Galata Tower dan Kubu (apaentah nama) semata-mata untuk menziarahi kubur arwah. Kubur arwah terletak berdekatan Masjid Ayub bersama dengan ramai lagi kubur pada syuhada' yang lain. Hasil penyelidikan saya di internet, tahu lah bahawa untuk ke Masjid Ayub mengambil masa kerana lokasinya yang jauh ke dalam. Asalnya ingin menaiki bas, tapi rupa-rupanya ada feri yang boleh ke sana. Jadi perjalanan saya ke kubur arwah ibarat merangkumi lawatan ke Masjid Ayub dan trip cruise melalui Golden Hord (check balik ni........). Saya menaiki feri di Eminonu dan ke stesyen feri terakhir di laluan Golden Hord ini. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Hati yang sayu, pemandangan yang cantik, bayu laut dan burung cemeti mengiringi perjalanan atas air saya ke sana. 




Setibanya saya di sana, perlu melalui lorong-lorong kedai. Rupa-rupanya kawasan itu juga meriah dengan perniagaan dan kehadiran pelancong. Saya ingat kurang meriah kerana lokasinya yang agak jauh dan hanya Masjid Ayub menjadi tarikannya. Masjid ini bagaimanapun menyimpan sejarah yang sangat penting kerana di situ terletaknya makam seorang sahabat Rasulullah saw yang masyur; Abu Ayyub Al-Ansari. Pada makam tersebut ramai yang berdoa dengan khusyuk ada yang menangis, lebih khusyuk daripada orang yang duduk bertafakkur di dalam masjid tersebut. Saya ingin bertanya tapi kesemua orang yang saya sapa tak faham english. Setahu saya doa dan pengharapan kita mestilah kepada Allah semata-mata; tiada yang lain melainkan Allah. Kemudian selain itu, barulah saya tahu di kawasan Masjid Ayub itu terdapat tarikan kereta kabel dari puncak bukit tempat tersebut. Dari kereta kabel tu boleh melihat panorama laluan Golden Horde. 


Selesai menunaikan solat fardu secara jama' dan qasar, saya pergi ke kawasan perkuburan para syuhada' itu tapi terlalu banyak hingga memenuhi bukit tersebut hingga ke puncak. Malah di kawasan perkuburan tersebut didiami oleh banyak kucing. Pemandangannya sangat cantik, kucing ibarat penjaga kubur-kubur tersebut. Dek kerana buntu saya berpatah balik ke Masjid Ayub untuk bertanya tentang kubur arwah Ammar. Jadi sudah semestinya saya pergi ke bilik pentadbir Masjid Ayub. Nampak sangat sibuk saya siap kena tunggu giliran. Tapi orang-orangnya tidak faham english saya tak tahu macam mana nak tanya. Kemudian saya hanya sebut "Malaysia. Ahmad Ammad Ahmad Azam". Terus saya dibawa petugas masjid tersebut ke seorang petugas juga di situ yang boleh berbahasa Inggeris. Dari dia saya diberi panduan untuk sampai ke kubur arwah sahabat saya itu. Dia juga memberitahu saya baru-baru itu ada orang dari Malaysia juga datang untuk menziarah kubur arwah. Saya terharu la sebab penjaga-penjaga Masjid Ayub dan kawasan sekitarnya itu juga kenal arwah meskipun sudah hampir setahun dia pergi.

Jalan kaki selama 20minit untuk sampai ke kubur arwah dari Masjid Ayub. Setibanya di situ, jelas terpapar bendera Malaysia dan Turki di batu nesannya. Saya singgah rehat sebentar di situ untuk sekian waktu. Sempat membaca al-fatihah dan yasin untuk arwah. Seusai ziarah saya di situ, saya pulang semula ke Istanbul Lama dengan feri juga. Kemudian saya menunggu waktu berbuka, sempat terawih di Masjid Biru buat kali terakhir kerana keesokan petang saya pulang ke tanah air.



golden hord?
ayyub al ansari?
nama penuh ammar?

No comments:

Post a Comment