Hari ke enam berada di Turki bersamaan hari ke dua Ramadan di sini langsung tidak melambatkan perjalanan saya. Perasaan merantau sambil berpuasa memberikan feeling2 pejuang islam perang Badar. Tapi apalah sangat suhu 37 darjah selsius, siang 16 jam, jalan2 di tempat bersejarah yang terbuka berbanding berjalan hampir 130km. Sungguh puasa itu pun kadang2 boleh menjadi kekuatan buat kita. Oh ya hari ini saya meneruskan perjalanan ke Selcuk, di mana terletaknya Ephesus. Ephesus merupakan tempat bersejarah bangsa Greek zaman dulu. Di situ terletaknya salah satu daripada 12 bandar utama empayar Greek. Malahan lokasinya yang terletak di tengah-tengah hutan dan bukit bakau, yang jauh dari kawasan pembangunan, secara tak langsung memberikan impak seolah-olah berada di zaman Greek. Sungguh mengagumkan hasil usaha arkitek-arkitek hebat dan kerajaan Turki.
Kronologi di sana, mula-mula saya membeli tiket pulang ke Turki sebaik sampai di Seljuk. Sejurus selepas itu saya menaiki bas mini menuju ke Ephesus yang mengambil masa 15 minit. Saya tiba awal (seawal jam 8 pagi) seperti yang dirancang bertujuan untuk tiba waktu tidak ramai orang dan bermula dari bawah ke atas untuk tujuan yg sama kerana kebanyakan orang memilih dari atas ke bawah. Selain saya ada dua pasangan tua dari Amerika yang saya lihat sangat berminat mempelajari sejarah Kota Purba Greek di Ephesus itu. Oleh kerana hanya kami bertiga bermula dari bawah dan datang awal, mereka sempat bergurau; "You are following us since then, where are from?". Itulah yang saya suka menjadi pengembara ni, walaupun tak kenal tapi kerana mempunyai persamaan, rasa seolah selesa sekali. Lagi-lagi mereka orang Amerika, terkenal dengan sifat keterbukaan. Mereka sangat teliti membaca sejarah kota tersebut, saya pula teliti dengan seni bina tempat tersebut. Cuba-cuba untuk menjadi architecture photographer.
Dalam masa hampir sejam, tempat tersebut dikerumuni ramai orang. Ramai antara mereka datang berkumpulan dibimbingi oleh seorang agensi yang bercerita tentang tempat tersebut. Ada kalanya saya curi-curi dengar untuk mengetahui sejarah tempat tersebut lebih lanjut. Tapi tak semuanya bahasa inggeris ada cina, sepanyol, Turki, malah bahasa rusia yang saya pun boleh faham. Di kota purba itu juga terdapat banyak kucing yang berkeliaran tak tahu siapa yang menjaga mereka atau mungkin sengaja dibiar membiak di sana. Apapun pada saya kehadiran kucing-kucing di situ sungguh menghiburkan dan menarik. Aksi-aksi mereka seolah-oleh merekalah penduduk kota tersebut. Sepanjang di sana berjalan dari bawah ke atas, hujung ke hujung hanya mengambil masa 3 jam. Itu termasuk menghayati serba sedikit sejarah dan masa fotografi. Rasanya kalau berjalan tanpa henti tak sampai satu jam sudah cukup dari hujung ke hujung.
Selesai 'lawatan sambil belajar' di sana, saya berjalan ke sebuah tempat bernama Cave of Seven Sleepers. Oleh kerana tiada pengangkutan terus saya berjalan selama 40minit untuk sampai ke sana. Sangat memenatkan. Tapi berbaloi la sebab tempat ini tempat berlakunya kajaiban yang dipercayai dua agama samawi dunia ini; Islam dan Kristian. Malah kisah ini tercatat dalam Quran itu sendiri. Nama lainnya adalah kisah Pemuda Kahfi seramai 7 orang yang melarikan diri daripada pemerintah yang zalim bersama seekor anjing dan dengan izin Allah mereka tertidur selama 300 tahun. Namun menurut penyelidikan Islam dipercayai gua tersebut terletak di Amman, Jordan dan ada yang mengatakan di Damsyik, Syria. Tempat yang di Ephesus ini merupakan tempat yang dipercayai oleh orang Kristian. Tempatnya agak terpencil dan dijaga oleh seorang pengawal. Apapun abaikan di mana lokasi sebenar tempat kisah ajaib tersebut, moga pengajaran kisah tersebut boleh diambil.
Selepas itu saya singgah di Basilica of St.John tempat di mana sebuah gereja di bina di atas makam St.John. Tempat itu terletak di atas Bukit Ayasoluk, Seljuk. Menurut sejarah St John ni merupakan seorang paderi Kristian yang telah membaptiskan ramai orang sehinggakan saat-saat kematiannya, Jesus datang melawat. Untuk memperingati beliau, Justinian membina sebuah gereja di situ yang akhirnya roboh dipercayai kerana gempa bumi. Namun kini giat dibina semula oleh arkeologi-arkelogi ternama dunia. Dari atas bukit tersebut boleh dilihat Masjid Isa Bey, masjid paling tua di sana. Berdekatan gereja tersebut terletaknya kubu kerajaan Turki Uthmaniyyah. Di tengah-tengah kubu puncak bukit tersebut ada sebuah masjid kecil namun oleh kerana masa melawat sudah tamat saya amat terhad meneroka tempat tersebut. Itupun atas belas kasihan pengawal kubu tersebut membenarkan saya masuk. Kubu tersebut juga disebut sebagai 'Crown of Seljuk' dan dari jauh pun boleh kelihatan gah berdiri di puncak bukit Ayasoluk.
Seusai meneroka Seljuk saya berehat di sebuah restoran berdekatan stesen bas. Sumpah hari itu merupakan hari yang sungguh memenatkan. Boleh kata berjalan sepanjang hari dalam keadaan puasa dan cuaca yang panas terik. Namun alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus meneroka. Di restoran tersebut saya menempah makanan untuk berbuka. Entah kenapa pekerja-pekerja restoran tersebut seolah-oleh teruja bila saya kata saya berpuasa. Sebenarnya orang Turki sendiri meskipun 98% beragama Islam tapi masih ramai yang tak berpuasa. Ini menimbulkan sedikit pertanyaan dalam diri sedangkan mereka adalah ummat yang paling terkehadapan membela nasib-nasib umat Islam yang tertindas. Pada jam 9.30 saya menaiki bas menuju ke Istanbul.

No comments:
Post a Comment